Cara mohon tapak niaga Pasar Tani

Saya seorang peniaga online tegar... Boleh kata memang dah 15 tahun menjalankan perniagaan Dan pemasaran 100% online. 

Tapi perniagaan online juga seperti Peniaga offline juga... Adakala sale laju adakala sale slow. 

Sejak bulan May.2022 negara kita mengalami kemorosotan ekonomi sehingga menyebabkan Rakyat Malaysia takut nak berbelanja... 

Ramai Usahawan yang mengecilkan operasi. 
Ada yang mempunyai 2-3 kedai terpaksa kurangkan jadi 1 kedai. Ada yang mengurangkan staff , ada yang mengurangkan product dan macam2 lagi... 

Termasuklah saya yang memang dah kian lama meniaga secara atas talian menerima nasib seperti peniaga-peniaga lain.

Walau susah bagaimanapun kehidupan tetap kena teruskan, komitmen bulanan Lena tetap terus bayar...
Installment rumah, installment kereta, Yuran sekolah anak2, bill Api air tetap kena bayar halau susah camana pun... 

Orang meniaga tak boleh tunggu hujung bulan seperti orang makan gaji... 

Maka terpaksa saya mencari alternatif lain... 

Saya memang dah biasa meniaga di Bazar Ramadan dan expo sebelum2 ni... 
Jadi Kali ni saya Cuba mohon utk meniaga di Tapak Pasar Tani secara mingguan. 

Alhamdulillah setelah berbulan menunggu jawapan akhirnya permohonan saya telah LULUS DITERIMA. 

Permohonan boleh terus ke Pejabat FAMA ikut negeri masing2... 

Cara nak mohon mudah je... Cuma tunggu keputusan tu lama sikit... Dalam 3 bulan juga... 

Jika anda ingin mohon tapak Pasar Tani boleh boleh ikut step di bawah : 

1. Print Borang dari link di sini Borang Pasar Tani

2. Isi segala maklumat yang diminta dalam borang tu. 

Nak isi kena pandai juga terutama bahagian ruang 'Barang yang nak dijual' 
Tulis specific barang kita nak niaga . Kerana jika silap tulis permohonan akan di tolak. 

Contoh : Nasi .
Nasi apa nak jual? 
Nasi lauk ke ...
Nasi Lemak ke...
Nasi kerabu ke... 

JANGAN tulis nasi sahaja...
Kalau banyak lauk nak jual tulis je jual 'NASI LAUK'

kalau nak jual kuih, tulis 'Kuih muih' 

Kerana kalau tulis di borang 'Menjual kuih karipap' tapi di gerai kita jual kuih-kuih lain kita dianggap bersalah kerana menjual tak sama dengan apa yang kita tulis di dalam borang. 

3. Setelah selesai isi borang sila hantar ke pejabat FAMA mengikut negeri masing2. 
Jika anda nak meniaga di Pasar Tani dalam Selangor mestilah hantar di pejabat FAMA selangor. 

Kalau nak meniaga di Pasar Tani KL mestilah hantar ke pejabat FAMA Wilayah Persekutuan. 

Kalau duduk selangor ni boleh hantar ke pejabat FAMA di Plaza Masalam di Shah Alam. 
Tapi utk kawasan yang jauh2 seperti sabak bernam , Tg Karang Dan sekitarnya Mungkin ada pejabat FAMA di sana... Saya pun tak pasti... 

4. Apabila permohonan anda di terima atau ditolak pihak FAMA akan Maklumkan melalui surat... Diorang akan pos surat jawapan terus ke rumah kita... 

5. Sekiranya diterima, anda akan dipanggil datang Kursus taklimat untuk peniaga2 Pasar Tani...

Peraturan Pasar Tani ni tak sama macam pasar malam biasa... Dia lebih ketat. Siapa yang langgar arahan ada denda2 yang akan dikenakan... 




Semasa Kursus Taklimat peniaga-peniaga Pasar Tani. 



Ramai juga peserta yang Lulus permohonan tapak Pasar Tani. 


Tuan Hafiz dari FAMA sedang menyampaikan Taklimat utk para Peniaga.



Selamat mencuba...