Tahun ni umur aku dah masuk 37 tahun dan tahun depan dah nak masuk 38..
Tak lama lagi akan masuk 40 tahun umur aku..
Bermakna dah nak masuk separuh usia kita yg Allah kurniakan dan pinjamkan pada aku berada bumi milik Allah...
Dunia ni tempat persinggahan kita buat sementara je... yang kekal di akhirat sana nanti...
Ok kawan2 dan pembaca blog saya semua.. apa kaba ?
Kali ni saya takde apa2 nak share ..
Cuma tadi di surau lepas solat asar berborak dengan sorang brader dia minta tolong tunjuk ajar cara berjimat dan kawal ekonomi.
Aku suka bercerita kat kawan2 aku tak pernah terlibat personal loan dan kad kredit . Pasal aku tengok anak2 muda dari jenerasi Y sekarang banyak terjebak dan terbejak dengan Personal Loan dan Kad Kredit.
Dari situ menunjukkan harta yg ada pada dia semuanya beli dgn hutang termasuk stoking dan bag tangan.
Hidup nak ala2 artis... makan kat cafe ala2 hipster... kereta nak Honda civic konon2 ada econavi laa... turbo la... jimat petrol la... mudah balik kampong utk tengok mak la...
Kalau gaji berkepuk2 tu aku tak heran. Tapi bila cek DSR gaji baru 2000 kereta saja dah 1200 rumah sewa 700. Yuran anak2 , belanja dapor guna duit isteri pasal dah janji setia sehidup semati... last2 perabot rumah semua beli dgn kredit kad.
Weekend jalan2 makan angin ambik hotel 3 star ,makan kat cafe starbuck dan seangkatan dengannya bayar plk semua kad credit.
Sapa yg terasa sila zaaapppp kat dada sebelah kedudukan jantung.
Ok. Malas nak berleter... kang ada yg merajuk dgn aku . Hahaha..
Hidup sementara... hutang tetap kena bayar...
Aku just share saje kepentingan kita menyimpan dan buat perancangan kewangan.
Setengah orang time awal2 kawen tak fikir kewangan utk masa depan anak2.
Anak2 semakin lama semakin besar.. salah satu benda nak kena rancang utk mwreka adalah pendidikan . Supaya dengan pendidikan dan ilmu yg anak2 dapat nanti mampu membina masa depan cemerlang utk keluarga , masyarakat negara... cheeewaah mcm ahli politik lak .
Ada beberapa cara utk kita merancang kewangan dengan cara baik.
Antaranya :
1. Tabung Haji
2. ASBF
3. KWSP/EPF (Bagi yg kerja sendiri)
4. Simpanan Takaful hayat
5. Simpanan Emas di bank2 yg ada buat simpanan Emas yg islamik.
6. Simpanan Unit Trust seperti : CWA, PUBLIC MUTUAL, KENANGA, PMB dll.
Aku sendiri dah mula buat simpanan sikit2 . Ada sikit simpan sikit. Ada banyak simpan banyak (sedekah jangan lupa pulak)
Terpulang pada minat masing2.
Aku sendiri buat simpanan anak2 kat Tabung Haji.
Sekarang simpanan kat tabung haji tak payah beratur lagi. Transfer online je.. nak buat auto debit pun boleh juga.
Emas pun aku beli juga sikit2. Pasal emas benda yg tak susut nilai dan tak boleh berurusan jual beli barang bayar dengan Emas. Tapi tetap untung.
Bila terdesak nak guna duit aku boleh pajak di mana2 Ar-Rahnu...
Kenapa tabung haji dan emas yg aku pilih ?
Sebenarnya aku tak suka simpanan yg terikat komitmen sangat.
Contoh pinjaman pelaburan ASB . Setiap bulan kena bank in bayar komitmen. Kalau tak bayar nama kena blacklist dan libatkan CCRIS.
Tabung haji ikut suka nak masukkan bila2 pun. Begitu juga unit trust yang lain.
Lagipun dividen tahunan Tabung Haji agak ok...
Tajuk bab simpanan ni ada Pro&Con nye juge...
Semua agen2 simpanan pakat2 lawan promot masing2.
agent Unit Trust kata simpan kat dia lebih untung.
agent Takaful kata simpan kat dia lebih untung...
Agent ASB kata simpan kat diorang lagi untung..
Begitu juga agen2 pelaburan yg lain....
bergantung atas kita minat yang mana pun... kalau duit banyak nak melabur dalam semua simpanan pun takpe..
Kenapa Aku pilih emas ?
Aku dulu selalu berangan kumpul duit nak beli rumah la... nak beli tanah la.. last2 TAK terkumpul pun duit tu... pasal selalu terguna . Sedar2 duit dalam bank dah kering...
Last2 apa yg aku buat supaya duit aku tak kering dan tak terjejas lagi ?
Jawapannya aku hanya beli Emas sikit2.
Pasal Emas ni boleh ditukar dgn duit bila time terdesak nak guna duit.
Pegi je mana2 ArRahnu tanya nak pajak. Nanti bila pajak di ArRahnu, ArRahnu akan bagi pinjaman megikut harga emas semasa...
(Ini bentuk Emas Goldbar 10gram. Ada 2 unit yang aku berjaya saving selama setahun) |
Bila buat pinjaman duit di Ar-Rahnu bercagarkan emas.
Nama kita tak masuk dalam CCRIS. Tapi kena bayar balik la hutang tu bila nak emas kita balik.
Haaa... inilah kedai ArRahnu yang selalu aku lepak pajak Emas aku |
Pinjaman Ar-Rahnu ni sama macam pinjaman peribadi.
Cuma bezanya pinjaman ArRahnu ni cara bercagarkan emas , pinjaman bank takde apa2 cagaran tapi yang teruknya pinjaman bank ada INTREST yang melampau.
Pinjaman cara Ar-Rahnu hanya tanggung bayar upah simpan . Manakala pinjaman peribadi dari bank kena Intrest ... tu je bezanya
Pinjaman peribadi dengan Bank boleh bayar installment 10 tahun.
Pinjaman ArRahnu 6 bulan - 12 bulan sahaja..
Pinjaman Ar-Rahnu bayar upah simpan 1% dari nilai pinjaman.
Manakala Pinjaman peribadi dengan Bank kena tanggung intrest bermula 5%-15% sebulan.
Apa2 pun yang penting mampu bayar balik. Kalau tak mampu bayar balik jangan amalkan budaya berhutang.
Dalam rekod Ar-Rahnu juga ramai peminjam tak mampu bayar balik pinjaman mereka sehingga emas yg peminjam pajak terpaksa di lelong.
Jika terdesak nak guna duit cagarkan di Ar-Rahnu sekadar yang kita nak guna.
Contoh nak guna RM1000 maka pajaklah emas dengan nilai RM1000 bukannya pajak RM10,000 nanti merana tak dapat bayar balik tebus Ar-Rahnu tu..
Bagaimana simpan Emas boleh beli Rumah ?
InsyaAllah artikel akan datang saya akan share artikel simpan emas boleh beli rumah.
Kalau anda nak mula dapatkan saving yang selamat boleh mula dengan saving emas
boleh daftar dulu untuk mula saving . Daftar adalah PERCUMA
klik link di sini untuk daftar saving emas kemudian boleh mulakan saving