Cara mudah bayar ansuran kereta


"Bank call bgtau kereta akan ditarik... apa yang aku buat lepas tu....."






"80% Rakyat Malaysia menanggung bebanan loan kereta.
Ramai pemilik kereta beli secara pinjaman dari Bank. Dan Ramai juga menghadapi susah nak bayar bulan2 lepas 2 3 tahun pakai"



Kalau tanya sesiapa pun di Malaysia ni "Kalau dah dapat kerja benda apa nak beli?" 
Mesti ramai akan jawap "Nak beli kereta" .
 Kadang tak kerja lagi pun dah berangan nak beli kereta...

Kerana kereta benda utama utk bergerak ke mana-mana dan insyAllah terlindung dari panas dan hujan.
kalau niatnye begitu . Kalau niat nak menunjuk kat kawan2 yang dia mampu beli kereta tu lain cerita pulak...

Tapi tak ramai fikir camana nak elak sangkut bayar ansuran kereta atau bayar ansuran dengan cara tenang...

Ok saya nak share berapa tips mudah bayar instalment bulanan kereta.

#1 
Pilih kereta harga yang mampu beli..
Ramai yang  nak beli kereta ikut nafsu syok sendiri ja...
tambah2 kereta jepun. Dapat beli sivik tu rasa macam satu kampong tengok dia paling kaya..

#2 
Pilih kereta yang semurah2 harga kerana Lagi murah lagi mampu.
Ramai yang sanggup habiskan duit gaji 50% utk kereta dan 50% baki gaji utk belanja rumah...

Ohhh itu terlalu bahaya dan cari nahas...

Bajet kereta biar 10% dari gaji atau paling tinggi 30% dari gaji.
Kalau gaji RM3000 cukup kereta harga 40,000 yg boleh installment RM300-RM400 saja.

#3 
Setahun sebelum beli kereta buat simpanan sama dengan installment kereta.
Kalau la kereta yang korang nak beli ansurannya dalam RM500 maka setahun sebelum beli berlatih simpan RM500 setiap bulan.

Ini  kereta2 yang sepatutnya beli bagi yang bergaji RM2000-RM5000





kereta-kereta ni sesuai untuk mereka yang baru tamat universiti dan yang baru berumahtangga...
Jangan ingat gaji RM5000 tu dah mampu sangat2 beli  sivik2 sangat.

Dengan sebab hutang kereta rekod CCRIS KITA AKAN JADI TAK CANTIK sekiranya kita selalu ada masalah lambat bayar dan tertunggak sampai berbulan tak bayar. 

Tapi ada satu cara saya nak tunjuk pada anda cara nak elak sangkut Loan kereta dan elak rekod CCRIS tak cantik.

BIJAK BERFIKIR SEBELUM BELI KERETA...

Ikuti kaedah yang saya nak share dengan anda.. tapi terpulang pada anda nak ikut atau tidak..


Ada satu kaedah latihan simpanan sebelum beli kereta.

Iaitu dengan buat simpanan Emas secara bulanan atau beli Emas fizikal bentuk dinar atau Goldbar dengan nilai RM500 setiap bulan.

Cukup setahun emas yang kita beli dah terkumpul sebanyak RM6000.
Nilai Emas RM6000 boleh dapat lebih kurang
32gram emas (harga semasa)

(Entry akan datang saya akan share bagaimana beli Emas cara online)

Cara bayar kereta dengan emas utk setahun mudah saja...
Korang cari kedai Arrahnu yang islamik. Bukan kedai pajak gadai non-muslim.
Korang pajak emas 32gram tu dan bayar kereta utk setahun.
Lepas tu korang bayar installment emas saja tiap2 bulan di pejabat ArRahnu tu...
Tempoh pajak 6 bulan. Tapi korang boleh minta lajak ke setahun.

Lepas setahun korang dapat balik 32gram emas korang dan korang kena ulang balik pajak emas tu dan bayar kereta untuk setahun balik..

Sambil2 tu korang kumpul emas lagi 😄😄.

Kaedah ni simple dan aku letak nilai simpanan emas RM500 utk kereta yang installment bawah RM500. dan aku sendiri suka buat kaedah ni (beli emas dengan nilai RM500 setiap bulan)

Kalau korang nak beli kereta yg harganya tinggi korang belilah emas dgn kuantiti banyak sikit.

Contohnya sebulan 10gram lebih kurang RM1800 (harga terkini)
12 bulan 120gram lebih kurang RM21,600

RM1800 x 12bulan = RM21,600

Tapi pendapat aku jangan masuk Arrahnu dengan nilai yang banyak.. Taku nanti anda tak mampu nak tebus balik. 
Cukup sekadara RM5000 - RM6000 saja

Tips yang saya share di atas ni InsyaAllah  mampu elak rekod CCRIS yg buruk dan korang tak sakit kepala pikir installment kereta bulan2.

Selamat beramal.