BETUL KE PENIAGA GUNA ENTERPRISE TAK BOLEH BELI RUMAH ? INI JAWAPANYA...

 


Saya dulu kerja bermajikan bergaji kecil. dengan gaji yang kecil tidak layak saya nak membeli rumah walau dengan harga 100k masa tu..


Tahun 2013 saya berhenti kerja dan buat bisnes sendiri.. 

Bermula dengan bisnes kecil-kecilan sampaila buat secara besar sikit. 

Mana-mana orang yang baru mula berniaga memang akan mulakan dengan Enterprise . walaupun ada yang mula dengan SDN BHD tetapi ramai yang mula dengan secara kecil-kecilan dengan enterprise. 

Sekitar tahun 2014 setelah hampir setahun berniaga saya ingin membeli rumah sendiri untuk saya duduk. 

Masa tu ilmu tentang nak beli rumah memang zero, saya hubungi agent2 Property dalam Mudah.my, iproperty dan lain-lain. Hampir semua agent mengatakan saya `tak layak` untuk membeli property kerana saya berniaga menggunakan `Enterprise` bukan `SDN BHD` dan saya tidak memiliki `Slip gaji`.

Saya tak berpuas hati atas kenyataan tersebut. saya cuba ke Bank untuk pengesahan, pihak bank juga mengatakan hasil pendapatan saya masih tidak layak beli rumah. kerana Enterprise dikira 10% dari hasil perniagaan baru dikira pendapatan kita yang sebenar. Contohnya sale bulanan RM20,000 hanya RM2000 saja dikira pendapatan kita.. 

Saya tak puas hati, saya bertanyakan ramai kawan-kawan. banyak yang tak tahu beli rumah guna Enterprise. sehingga saya pernah masuk ke satu seminar hartanah pun cerita benda yang sama iaitu Enterprise agak susah nak memiliki hartanah. 


Rumah yang saya nak beli ni adalah rumah projek`Selangorku` dibawah pemaju `Sime Darby` . Agak lebik yakin nak aply kerana berdekatan dengan tempat saya tinggal sekarang dan harga agak murah. 

Post akan datang : BAGAIMANA MOHON `RUMAH SELANGORKU`.


AKHIRNYA ....

Saya hampir daftarkan syarikat perniagaan saya kepada SDN BHD, 

rata-rata tempat saya tanya nak daftar syarikat SDN BERHAD paling murah RM3000. 

saya peniaga kecil-kecilan je.. bukan buat bisnes mega yang besar2 nak bayar sejetul RM3000 tu bagi saya terlalu tinggi. jadi saya batalkan niat nak daftar perniagaan saya ke SDN BHD. 

Alhamdulillah akhirnya Allah temukan saya dengan Haji Azmi Ceo kepada syarikat Muaz & CO . 

Alhamdulillah Haji Azmi banyak beri nasihat menerangkan bagaimana step-step nak beli rumah guna Enterprise. 

Haji Azmi yang banyak bantu tunjuk ajar pada saya untuk jimatkan kos supaya saya tak daftarkan syarikat ke SDN BHD lagi...


Sebenarnya nak beli rumah guna Enterprise  mudah je...


Ikuti Tips yang Haji Azmi kongsikan pada saya . 




Inilah step-step yang Haji Azmi ajarkan pada saya :


#1. KUMPULKAN REKOD PERBELANJAAN SELAMA 2 TAHUN.

Duit keluar masuk dan segala resit perbelanjaan JANGAN BUANG. sebaiknya kita simpan.

mujur saya banyak simpan resit-resit perbelanjaan saya. 


#2.  PRINT PENYATA BANK ENTERPRISE 

Kena kumpulkan statment bank Enterprise dan dari akaun bank simpanan peribadi selama 2 tahun punya...

kalau Maybank boleh print cara online. kalau bank2 lain saya tak pasti.


#3. PRINT SEGALA PENYATA SAVING-SAVING ATAU CARUMAN-CARUMAN YANG LAIN JIKA ADA.

Print caruman-caruman yang kita buat, kalau kita ada buat caruman KWSP setiap bulan kita print. kalau ada buat Saving Emas pun print je atau hubungi agent yang kita daftar dan nak dapatkan penyata saving emas kita. Kalau ada masuk mana-mana unit trust atau ASB print je penyata bayaran. kerana saving-saving caruman ni dapat pemotongan cukai dan jadi mengukuhkan Aproval beli rumah.


Saya antara peniaga yang tak ada caruman KWSP, tetapi saya ada buat Saving Emas secara bulanan . Alhamdulillah dapat pemotongan cukai juga dan penguat document untuk beli rumah pertama. 


BACA JUGA : TAKDE KWSP TAPI ADA AKAUN SAVING EMAS LULUS LOAN RUMAH 


#4. PRINT SSM PERNIAGAAN ENTERPRISE.

Syarat nak aply loan rumah atau apa-apa loan pastikan Enterprise lebih 2 tahun. kalau kurang 2 tahun agak susah sikit . Mungkin ada cara lain tapi saya agak kurang arif. 


#5. DECLARE CUKAI DENGAN LHDN.

Ramai peniaga bila dengar Declare cukai rasa takut kena bayar, rasa nak lari dari bayar cukai.. takut kena bayar banyak..

Saya sendiri pun takut kena bayar cukai yang tinggi, rupa-rupanya tidak.. 

Setelah Haji Azmi buat kiraan dan segala perbelanjaan tahunan saya, cukai yang saya kena bayar taklah tinggi sangat.. 


Cukai perniagaan ni penting sangat bagi orang yang meniaga.. kerana mudah untuk kita buat pelaburan hartanah dan kembangkan perniagaan. Mana-mana peniaga yang bayar cukai nak kembangkan perniagaan mudah untuk dapatkan pembiyaan perniagaan dari mana-mana bank.


Selepas saya buat semua tips yang Haji Azmi ajarkan terus saya cuba submit beli rumah pertama saya Alhamdulillah LULUS.


Step 1 sampai 4 kita kena sediakan sendiri, manakala step yang ke 5 tu syarikat Muaz & Co yang buatkan semua... 


Jika anda seoarang yang berniaga menggunakan Enterprise ada masalah nak beli rumah tak lulus loan  atau tak tau cara-caranya anda boleh hubungi saya untuk dapatkan rumah yang sesuai dengan bajet anda.  0196029839

 klik link wasap

    http://0196029839.wasap.my


Selamat mencuba





Gambar masa serahkan Document untuk beli rumah selangorku sebagai rumah pertama..



Harga Rumah `SELANGORKU` yang mampu milik .





Design Plan Rumah `SELANGORKU`  dari luar.