Masalah naik berat badan atau dipanggil "gemok" memang berlaku pada semua bangsa tak kira melayu ke , mat saleh ke, arab ke, negro ke...
Biasanya kegemukan berlaku apabila masuk umur 30 ke atas.
Termasuklah aku sendiri start umur 30 mula badan naik.
Kegemukan akan berlakunya mengundang perbagai penyakit . Antaranya kencing manis, darah tinggi, sakit saraf, sakit usus dan yang paling takut adalah kanser.
Walaupun ada setengah pihak kata orang tak gemuk juga didatangi penyakit tapi mejoritinya orang gemuk lebih mudah kena penyakit terutama sakit jantung. Kerana apabila lemak dah menyalut atau membalit jantung maka risiko untuk kena penyakit itu memang terlalu tinggi.
Aku bukan Doktor dan aku bukan pakar kesihatan. Tapi aku nak bantu sahabat2 semua agar dapat membina hidup cara sihat dan menjaga badan .
Gemok boleh menyebabkan kita kurang keyakinan diri walaupun tak semua.. gemuk juga membuat sesetengah orang tak percaya pada individu gemuk(tapi tak semua).
Kalau orang kurus kuat kerja cari duit kerja siang malam orang akan kata orang kurus tu 'Rajin'
Kalau orang gemuk rajin kerja siang malam juga orang tetap berfikiran 'orang gemok 'MALAS' bekerja.
Berat badan aku pernah satu ketika naik ke 86kg. Setengah orang kata 86kg tak berapa gemok sangat. Tapi bagi aku itu dah terlalu berat.
Masa ni berat badan aku 86Kg |
Semasa berat 86kg aku mengalami beberapa penyakit kat badan aku.
Antaranya sering lenguh2 kaki, sering susah bangun tidor dan badan cepat letih mengantuk.
Sampai satu tahap aku nak duduk tahyat ketika solat pun sakit lutut.
Setelah menyedari sakit aku berpunca dari berat badan aku ni.. akhirnya aku buat keputusan utk ubah cara makan.
#1
Pertama sekali aku buat adalah Tinggalkan minuman bergula. Bukan setakat minuman gas saja bergula, tea tarik , oren, laici semua2 tu bergula . Aku hanya minum air tanpa gula...
#2
Kedua, tinggalkan Tea tarik dan semua minuman yang menggunakan susu pekat.
Kalau korang nak tahu tea tarik minuman yang paling aku suka dulu.
Sekarang dah 2 tahun aku tinggalkan tea tarik.. banyak minum air meneral je bila ke mana2.
#3
Ketiga, aku kurangkan..
kurangkan je nak tinggal terus makan masa juga...
Aku kurangkan makan makanan berminyak seperti cucur2, lauk2 goreng, nasi goreng, mee goreng, roti canai.. kalau teringin pun hanya seminggu sekali.
#4
Ke empat , benda aku tak mampu tinggal tapi terpaksa kawal adalah Nasi.
Dah berapa kali aku tanam azam nak tinggalkan Nasi tapi hanya poyo dan sia2.
Last2 aku makan nasi cuma aku kawal tak nak tambah dan makan dalam kuantiti sedikit sahaja.
#5
Kelima, banyakkan makan buah dan ulam.
Aku memang suka makan buah. Kalau ada buah epal ke... anggur ke... aku boleh habiskan sekilo dalam satu masa...
Kalau buah tembikai tu aku mampi makan sebiji sorang2 aku. Pasal suka buah.
Ulam aku suka ratah timun...
Paling best makan rojak buah tapi kuah rojak sikit je.. pasal kuah rojak gula tinggi.
#6
Ke enam, kurangkan makan malam. Kawan2 ajak kedai mamak aku hanya order roti bakar atau roti nan(makan separuh, separuh lagi bungkus) dan air tea o kosong panas(tanpa gula)
#7
Ke tujuh, bersenam.
Inilah tips yg korang malas nak ambik tahu...
Aku kadang jogging, kadang buat senaman kat rumah je...
Aku mulakan dengan joging perlahan nak bagi longgar2 sikit tulang2 yg dah lama tak bersenam dan nak aktifkan denyutan jantung.
Lepas tu aku buat senaman HIIT depan rumah je... itu pun kadang2 je... kalau aku kata selalu buat macam poyo la pulak...
Dan aku buat senaman masa ada masa lapang time tak sebuk je... bila sebuk memang tak sempat nak buat...
Hasilnya lepas lepas setahun dapat turun 5kg, kemudian lepas setahun lagi turun lagi 3-5kg. Bermakna aku berjaya turunkan 8-10kg...

2 tahun baru turun 8kg...