Alhamdulillah setelah lama tak pergi buat Umrah kali ni aku dapat peluang pergi Umrah kali kedua.
Tapi kali ni agak berbeza sikit. Kali ni aku pergi Umrah sebagai Mutawwif.
Kerja sebagai Mutawwif ni bukan mudah. Semua masalah hukum hakam fiqh Umrah dan sejarah-sejarah di Mekkah dan Madinah kena hadam betul2.
Ok. Aku malas nak cerita panjang....
Cuma nak habaq kerja mutawwif ni letih tapi best pasal kita dapat tengok kaabah dan sentiasa berdoa minta dipermudahkan urusan.
Jemaah yg saya bawa ni alhamdulillah jenis Cool dan happy semua.
Memang seminggu sebelum berangkat saya selalu berdoa minta takde jemaah yang cerewet.
Pakej saya pegi ni taklah mahal sangat berbanding pakej Umrah dari Travel lain.
Yang ni bukan saya nak promot. Tapi sambil2 cerita saya nak share tips macamana nak pilih travel Umrah.
Sesiapa pun nak travel ke nak jalan2 ke mesti cari pakej mana paling murah.
Saya rasa kalau orang muda dan rajin jalan kaki ke mana-mana, badan pun sihat takde apa2 sakit memang sesuai pergi umrah ambik pakej yang murah2.
Pasal apa saya kata sesuai ?
Pasal travel yang harga murah2 ni Hotel agak jauh dengan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Kalau korang tak percaya cuba tanya detail kat staff travel.
Travel yg saya bawa baru ni kalau orang pernah pergi Umrah dia kata harga mahal . Tapi bila tengok Jenis hotel dan Lokasi Hotel dia akan kata "MURAH".
Kenapa saya kata murah?
Pasal hotel betul2 tepi Masjidil Haram. Sesuai sangat untuk orang yang tak larat jalan jauh2, atau dah berusia
Masa Mula2 saya ditawar jadi Mutawwif agak cuak . Pasal aku tahu Kerja mutawwif ni bukannya mudah.
Kena banyak bercakap dan kena selalu jaga jemaah.
Kalau Jemaah hilang Mutawwif kena tanggungjawab. Kalau Jemaah sakit Mutawwif kena dapatkan Ubat atau bawa Jemaah ke Klinik.
Tapi Alhamdulillah sepanjang perjalanan saya menuju ke Madinah dan Mekkah saya tetap berdoa minta Allah permudahkan kerja tugas aku sebagai Mutawwif.
Alhamdulillah saya juga banyak dapat tunjuk ajar dari Mutawwif Senior Dr. Nazil dan Paksu Non.
Dorang orang-orang hebat dalam tunjuk jalan dan kawasan Mekah Madinah.
Al-maklumla saya dah lama tak pi Umrah. sekali pergi tahun ni banyak kawasan yang dah berubah.

Semasa menunggu jemaah di KLIA
Bersedia untuk menjalankan Tugas Mutawwif

Paksu Non (kiri sekali)
Dr. Nazil (Kanan) Mutawwif Senior yang banyak memberi tunjuk ajar
mengendali jemaah Umrah
Sesi bercerita sejarah dan sirah Nabi di Madinah AlMunawwarah.
Di Tanah perkuburan Baqe' di Madinah.
Mesti ada yang tertanya ikatan serban yang saya lilit atas kepala ni macam pelik ...
hahaha... rilek rilek...
nanti saya akan buat post di blog ni berkenaan cara ikatan serban ni.
Pakakain Uniform Mutawwif Travel ni kena pakai Jubah Putih dan Serban Dubai atau Oman atau Yaman..
Alhamdulillah kebetulan semasa saya belajar di Yaman memang saya selalu ikut Dressing pakaian Arab Yaman, memang setiap hari ke kuliaha saya pakai serban Yaman. Jadi takde masalah sangat bab lilit serban Yaman atau Serban Dubai ni..
YA QOUMMM...
Ceewahhh.. macam ketua kafilah arab la pulak....
Masa ni tengah bercerita sejarah Rumah Nabi yang sekarang diletak nama sebagai
"Maktabah Makkatul Mukarramah"
Jarak Hotel :
Hotel Travel yang saya bertugas ni sediakan tak jauh dengan Masjid.
Hotel di Madinah pun dekat di Mekkah pun dekat.
So. Agak ringankan tugas juga bila nampak jemaah semua happy dan tak letih terutama jemaah yang berumur atas 50 tahun.
Itu untungnya pilih travel Umrah yang sediakan Hotel dekat. Biar bayar lebih sikit tapi ibadah kita rasa tenang dan tak letih sangat. Kita ni dah lah datang dari Jauh, takde kenderaan dan tak berapa larat nak jalan Jauh tetiba Travel bagi hotel Jauh dan hanya ada makan minum yg sedap je...
Setengah orang mungkin ambik berat bab makan sedap2.
Tapi aku terus terang la.. kat mekkah dan madinah ni kalau nak makan sedap bukan di hotel pasal hotel2 takde sediakan makanan sedap2. Nak makan sedap kena minta Mutawwif bawa ke restoran luar. Keluar duit sendiri la.. pasal takde dalam pakej .
Nasi Mandi kambing fresh di Mekah .
Harga setalam ni 180 riyal saudi
Lebih kurang RM190 boleh makan 5 orang. Yang ni memang takde dalam pakej travel. Aku kongsi2 dengan Mutawwif lain.
Bagi aku kita nak pergi ibadah dan menghayati sirah perjuangan Nabi menyebarkan Islam dari Zaman kenabian sehingga zaman hijrah ke Madinah. Tak perlu fikir sangat bab makan. Tengah2 syok ibadah Tetiba kita nak bising2 makan tak sedap. Nabi dulu2 beribadah pun tak sempat pikir makan sedap.
Ada setengah orang yang memang kaki makan selalu komplen bab makan, Mungkin pernah terjadi sampai maki hamun Travel dan Mutawwif sebab makanan tak sedap je....
Duduk bumi ujian ni memang macam2 ujian ada...
Ada orang tak pernah sakit diuji dengan sakit di tanah suci, ada orang diuji dengan duit hilang... ada orang diuji dengan makan tak sedap.
Apa2 pun bergantung pada kita samada mampu bersabar dan Redho di Bumi Barakah ni...
Kalau tak sabar dengan apa yang berlaku di Mekkah ni taku-takut Ibadah tak dityerima Allah dan jadi Sia2 keluarkan duit ke Mekkah.
MAKANAN
Hotel di Madinah sediakan makan 3x setiap hari.
Hotel di Mekkah pula sediakan makan pagi sahaja.
Menu sarapan di Hotel Mekkah.
Nasi lemak memang takde...
Syukur Alhamdulillah ada juga makanan sesedap ni..
Boleh tambah sesuka hati... tapi ingat niat sebenar ke Mekkah untuk apa hihihi
Kat Mekkah elok kita pilih pakej makan sendiri. Pasal kita lebih senang dan bebas nak makan bila2 masa. Kalau lah kita ambik pakej taravel ada makan di Mekkah berapa kali je kita sempat makan. Dan travel pun selalunya tanggung kerugian bayar katering pasal berapa kerat je jemaah yg datang makan.
Bila kita makan sendiri kita tak terkejar dengan masa makan di hotel.
So, kita boleh makan bila2 masa kita suka. Saya sendiri makan di Mekkah ala kadar lapek perut je cukup sekadar roti sandwich atau kebab.
Sandwich dan tea susu sebagai makan malam
lepas tu sambung iktikaf dalam masjid haram.
Jadual Aku mengendalikan perjalanan jemaah aku ni sepanjang perjalanan dari mula bertolak sehingga sampai balik di KLIA.
4 hari di Madinah
6 hari di Mekah.
Tugas aku juga membawa jemaah jalan2 tempat2 sejarah yang Nabi pernah pergi sampaikan Dakwah. Antaranya ke Kota THOIF.
Toif kawasan agak jauh sikit dari mekah lebih kurang 170km dari Mekkah.
Lebih kurang 3 jam Masa perjalanan.
Di sana juga saya diamanahkan bawa ke kilang proses Minyak Ros dan pasar Buah toif.
Makan tengahari di Toif agak sedap sikit . Saya bawa jemaah Makan Nasi Mendy Yaman
Dalam Bas masa nak bertolak ke Toif
(saya bab selfie memang tak pandai senyum)
Ayam Mendy
Jemaah happy dapat rasa Nasi Mendy original
Semasa di Kilang proses Minyak Ros di Toif.
Jemaah di Jamu dengan tea bunga ros.
Gerai jualan perfume Rose dan Lotion Rose
Di Toif juga saya membawa jemaah untuk buat Umrah lagi.. kerana Toif dekat dengan Tempat Miqat iaitu Qarnul Manazil.
Jadi sesuai sangat jemaah balik dari Toif buat Umrah lagi..
Masjid Qarnul Manazil yang tak Jauh dengan Toif.
Saya berkesempatan membawa Jemaah untuk tunaikan 4x Umrah.
Umrah pertama semasa datang dari Madinah
Umrah kedua dari Hudaibiyah
Umrah ketiga dari Jiranah
Umrah keempat dari Qarnul Manazil.
Para Jemaah kena kenal pasti No. Bas dan gamabar Mutawwif takut tersilap naik bas pasal bentuk dan warna Bas di Mekkah semua lebih kurang sama.
Tak nafi memang letih kita lakulan ibadah Umrah pasal kita datang dari negara Jauh dari Mekkah. Sebab tu pentingnya kita memilih pakej yang menyediakan Hotel yang dekat. Supaya kita tak rasa bebal .
Hotel yang pihak travel sediakan dalam Pakej kali ni adalah Hotel Safwah atau hotel Menara Jam yang terletak betul-betul bersebelahan Masjidil Haram. Manakala di Madinah Hotel Raudatul Aqeeq yang dekat dengan pintu 7 masjidil Nabawi.
Jarak antara Masjidil Haram dan Hotel Menara Jam.
Saya bergambar dari dalam masjid Haram pun nampak hotel yang saya duduk di belakang.
Gambar waktu siang
Gambar pandangan dari dalam Hotel.
Dalam Hotel Safwah juga disediakan surau yang mana surau tu berimamkan imam Masjidil haram. Solat dalam solat tu dikira pahala solat dalam masjidil Haram.
Jemaah yang ada masalah sakit kaki tak boleh jalan lama2 saya bawa mereka solat di surau hotel.
Pintu masuk Hotel dekat dengan Pintu Masuk Masjidil Haram
Bilik yang aku duduk. Sorry bilik tak berapa kemas pasal
Masa ni tengah packing bag nak balik Malaysia.
Apa nama Travel ni ?
Mesti pembaca blog dah tertanya apa nama Travel ni
Inilah nama Travel yang saya jadi Mutawwif
BERAPA HARGA PAKEJ ?
Harga Pakej Travel Azzuha
Bermula RM5990
Untuk Musim Cuti sekolah
RM6990
Menerima Fail amanah untuk laksanakan Tugas.
Untuk pendaftaran boleh juga daftar dengan saya.