Harga emas makin mengganas










Emas adalah pelaburan yang paling mengutungkan Dan simpanan yang paling Selamat. 

Kenapa saya kata ianya pelaburan yg paling untung Dan simpanan paling Selamat. 

Bermula pada tahun 2014 iaitu 11 tahun yang lalu saya mula berkawan dengan kawan-kawan yang selalu bercerita tentang pelaburan dan saving yang boleh beranakan duit. 

Ada yang cerita pasal simpanan ASB , ada yang cerita tentang pelaburan Public Mutual, ada yang cerita simpanan Tabung Haji. 

Masa tu saya tiada pengalaman dan tiada ilmu.
Saya join semua jenis pelaburan. 
Asb, public mutual , Public Gold Dan tabung haji saya masuk je... 
Tapi tak kekal lama semua tu... 
Pasal tak semua memberi keuntungan yang banyak selepas 10 tahun kecuali Public Gold. 

Apa itu Public Gold ?
Public Gold adalah syarikat jual emas secara fizikal Dan emas secara saving online yang dipanggil GAP. 
Bermula pada tahun 2014 harga emas RM154 ketika tu saya join dengan mula simpanan satu bulan 1 gram. 
Masa tu pun saya dah terasa mahal sangat. 
Tapi pejam mata paksa diri utk teruskan menyimpan. 

Tahun demi tahun harga emas semakin naik. 
Kenaikan emas setiap tahun kita merasakan sikit sangat dia naik. Tapi selalunya selepas 5 tahun rata-rata orang akan terkejut bila tengok kenaikan dia mengganas.

Antara 2014 sehingga 2018 kenaikan emas dari RM154/gram ke RM190/gram. 

Dari tahun 2018 ke tahun 2020 harga emas naik dari RM190/gram ke RM200/gram.

Pada tahun 2021-2022 Harga emas mula mengganas naik RM250 ke RM300/gram. 
Pada tahun 2024 naik ke RM3400
Pada tahun 2025 harga emas naik ke RM500/gram.
Kini 2026 harga emas naik ke RM690/gram. 

SIAPA YANG LAYAK BUAT SIMPANAN EMAS ? 

Semua layak. 
Dalam public Gold ada saving emas dari berumur 1 bulan. 
Siapa yang ada plan nak buka akaun saving emas untuk anak yang Masih kecil pun boleh. Tak perlu tunggu besar. 

BAGAIMANA NAK MULA SIMPAN ?

Pertama : Buat target berapa gram nak capai dalam masa 1 tahun . 
Contoh : Jika anda ada target nak simpan 1 tahun 10 gram cuba buat saving sebulan 1 gram atau seminggu RM200 di Akaun Saving GAP Public Gold atau di simpanan Gold online di bank yang menawarkan simpanan emas online
 
Kedua : Jangan terburu-buru Dan terkejar-kejar nak beli banyak. 
Biar sikit-sikit asalkan konsisten. 

Ketiga : Boleh buat Auto debit dari akaun bank kita ke akaun saving emas .
Samada buat pemotongan gaji secara bulanan atau potong duit hasil perniagaan. 

Saya pernah jumpa seorang peniaga pasar malam yang konsisten simpan setiap hari RM50 -  RM100 ke dalam akaun saving emas. 
Bermakna simpanan emas peniaga tu sebulan antara RM1500-RM2000 (tolak hari cuti).

Selain Public Gold ada tak syarikat lain yang menawarkan pakej simpanan emas ? 

Jawapanya : ADA

Selain Public Gold, ada Bank-bank yang menawarkan pakej simpanan emas. 
Antaranya Bank Islam, Maybank, Bank Muamalat dan Bank-bank lain.

Saya sendiri dah cuba simpan dengan Bank Islam. Harga lebih murah dan ada sistem jual balik secara online. 
Malah Bank Islam sekarang ada buat pinjaman Ar-Rahnu di setengah Branch mereka. 

Jika saya berminat nak simpan dengan Public Gold bagaimana caranya ? 

Anda boleh hubungi saya, 
Saya akan bimbing Dan beri tunjuk ajar utk anda mulakan membuat simpanan yang tak merugikan. 

Wasap saya : +60196029839





Popular posts from this blog

BETUL KE PENIAGA GUNA ENTERPRISE TAK BOLEH BELI RUMAH ? INI JAWAPANYA...

Cara mudah bayar ansuran kereta

Peniaga 'online' perlu memiliki hartanah