MOROCCO DAN RUNTUHNYA KUASA PORTUGIS

MOROCCO DAN RUNTUHNYA KUASA PORTUGIS


( karangan panjang hanya utk peminat sejarah) 

Alhamdulillah ini kali pertama saya diizinkan Allah SWT untuk memijaki bumi Allah Morocco. Dah lama berhasrat utk ke sini tapi baru kali ini tahun 2018  berjaya sampai.

Morocco atau Maghribi adalah negara Islam dan arab yang paling barat bersempadan dengan Spain di utara, Algeria di timur dan Mauritania di selatan. Manakala di barat pantai Morocco , terbentang Lautan Atlantik.

Morocco antara negara arab Afrika yang paling bersih pernah saya lawati. Bangsa Morocco yang bercampur aduk antara bangsa Barbar dan arab serta saki baki Andalusia yg berhijrah ke Morocco juga kacukan penjajah Perancis  menyebabkan bangsa Morocco teramat berbeza dgn negara2 arab yang lain. 

Bangsa Barbar adalah satu bangsa yg dikatakan berjumlah lebih 6 juta orang yang menghuni kawasan pergunungan dari Morocco sehinggalah ke Siwa Mesir. Mereka terkenal dengan kekuatan dan keberanian dan memeluk Islam hasil dari dakwah yang disampaikan oleh pendakwah berbangsa arab.

Makanan Morocco termasuk berbagai jenis halawiyat adalah yang paling lazat dan sedap mengikut selera saya.

Apa yang pasti, bangsa Morocco amat menghormati  orang muslim Malaysia. Senyuman dan teguran yg saya terima agak sukar ditemui di negara2 arab lain apatah lagi arab teluk. Kebanyakan orang Morocco mengenali Malaysia kerana nama Malaysia disebut dalam buku sejarah di sekolah kerajaan kat Morocco. 

Dan kebanyakan org Morocco yg balik dr mengerjakan haji dan umrah akan membawa khabar tentang bangsa melayu Malaysia yg begitu sopan lemah lembut dan tertib ketika di Mekah atau Madinah.

Walaupun saya pernah tinggal lebih 6 tahun di negara Mesir dan agak biasa dgn pertuturan bahasa arab pasar di sana , namun ketika berada di Morocco hanya mungkin 30 peratus shj bahasa arab yg dipertuturkan oleh orang arab  di sana yg  dpt saya fahami.

Jika di Mesir terkenal dengan penggunaan bhs arab pasar yg disebut bahasa aami Mesir, di Morocco pula bhs pasar dikenali sebagai  DARIJAH. Amat berbeza ! 

Jika di Mesir penggunaan ayat pertanyaan khabar dlm bhs  arab fushah - Kaifa Haluka, manakala aami Mesir dengan Izaiyyak. Manakala dlm bhasa barbar disebut mazakin dan dlm darijah Morocco dengan perkataan labas.

Apa yg  agak mengejutkan saya apabila melihat perkembangan Islam yang semakin baik di sini berbanding apa yg saya dapat maklumat berkaitan Morocco 10 tahun yg lalu. Negara sistem beraja Monarki, sekular sehinggakan ada ungkapan tak perlu pergi Perancis cukuplah datang ke Morocco utk melihat kehancuran akhlak umat manusia. Itu dulu..

Sahabat saya di Morocco memaklumkan sejak
10 tahun terakhir ini, banyak perkembangan positif berkaitan Islam telah berlaku. 
Sikap raja Morocco sekarang yang lebih memberikan ruang dan  kebebasan kpd rakyat, banyak membantu pembangunan Islam. 

Juga setelah hampir 10 tahun parti Islam Morocco "Hizbul Adalah Watanmiyyah"  memenangi pilihanraya dengan kepimpinan parti Islam dipilih sebagai Perdana Menteri, banyak agenda maslahah Islam diutamakan. Alhamdulillah.

Dulu langsung tidak dibenarkan kuliah dan ceramah di masjid2, tetapi kini telah ada aktiviti2 tersebut di masjid2 Morocco. Wanita2 Islam juga semakin ramai yg bertudung.

Antara peristiwa menarik yang sinonim dengan Morocco adalah kesah kejatuhan Emparial Portugis yang pernah menjadi kuasa besar dunia. Disebabkan  tewas dalam peperangan menentang kerajaan Islam Morocco , membawa kepada lumpuhnya kekuatan dan empayer Portugal di timur atau benua Asia  melainkan Timur Leste, itupun hasil perjanjian dgn kolonial Belanda rasanya.

Portugis diiktiraf sebagai kuasa dunia pada awal abad ke-16. Penjelajahan juga kejayaan mereka  mendarat di dunia baru Amerika dan  dunia lain di timur, seperti di India dan Nusantara. Saya dah lupa banyak sejarah, dulu pernah baca.

Hanya separuh abad Portugis menikmati kejayaannya, sehinggalah  tragedi  di Afrika Utara pada tahun 1578 yang terus membawa kelemahan Portugis , sampai hari ini gagal untuk bangun sebagai kuasa dunia.

Nasib baik ada Cristiano Ronaldo. Org masih kenal Portugal.

Peristiwa Perang Wadil Makhazin atau Perang Istana Besar atau dikenal pula sebagai Perang Tiga Raja (Battle of Three Kings), menjadi kenangan terpahit dalam sejarah Portugis yang cuba menjajah Morocco. Bahkan dalam ensiklopedia Wikipedia tentang sejarah Empayer Portugis (Portuguese Empire), peristiwa besar ini amat memalukan kerajaan Portugis.

Geopolitik Laut Tengah pada  tahun 1578, Empayer  Turki Osmaniah berada di puncak kejayaannya di bawah pimpinan Sultan Sulaiman Qonuni. Wilayah kekuasaannya meliputi wilayah Turki hingga di sempadan  Hungary di sebelah barat, Timur Tengah (Syiria hingga Hijazz), Mesir dan seluruh wilayah Afrika Utara termasuk Maghrib (Maroko). Laut Timur Tengah berada dalam penguasaan Osmaniah. 



Persaingan   dalam mencari dunia baru berlangsung begitu cepat dan dipenuhi pertumpahan darah. Kapal-kapal Portugis, Sepanyol, Inggeris, Perancis, Itali telah menjelajah ke serata benua  sejak tersebarnya  berita penemuan Amerika oleh Colombus pada tahun 1492 M. Sehingga semakin menambah semangat Portugis dan negara Eropah lainnya untuk melakukan penjajahan.

Pada tahun 1578, di Morocco terjadi krisis pemerintahan antara Abu Abdullah Muhammad Mutawakkil as-Sa’di dengan bapa saudaranya , Abdul Malik. Setelah tewas ditangan bapa saudaranya, as-Sa’di lantas meminta bantuan dpd  raja Portugis yg bernama Sebastian untuk mengalahkan Abdul Malik yang bernaung di bawah kerajaan  Turki Osmani  yang ketika  itu dipimpin Sultan Sulaiman al-Qonuni.

Permintaan as-Sa’di dengan senang hati diterima oleh Sebastian yang juga memiliki misi untuk menaklukkan negeri muslim di Afrika Utara. Didorong oleh fanatik Katolik, perluasan wilayah dan misi perang salib untuk menjatuhkan kerajaan Osmaniah, datanglah Sebastian bersama sukarelawan dari Sepanyol, tentara upahan  dari Jerman, Itali serta tokoh Inggeris  berpengaruh, Thomas Stukley. 

Sejumlah 500 kapal dipergunakan untuk menyerang Marocco dengan jumlah pasukan seramai 23 ribu orang,di mana  ahli sejarah muslim menyebutkan pasukan musuh seramai 125 ribu orang.

Manakala tentera Islam seramai 40 ribu orang, yang terdiri dari 35 ribu dari  pasukan Abdul Malik dan 15 ribu pasukan bantuan kerajaan Osmaniah.

Pasukan Portugis mendarat pada  24 Jun 1578 di Arzila, Morocco. Seruan jihad segera berkumandang di seluruh penjuru Morocco, “Pergilah kalian ke Wadil Makhazin untuk berjihad di jalan Allah!”

Berdatanganlah dari berbagai pelosok Morocco para mujahidin di bawah pimpinan Abdul Malik al-Mu’tashim Billah. 

Amir Abdul Malik juga mengirimkan surat kepada Sebastian, 
“Sesungguhnya pengaruhmu telah nampak sejak engkau pertama kali keluar dari negerimu, sedangkan engkau membawa permusuhan. Maka janganlah engkau bergerak dulu sebelum kami datang kepadamu. Jika itu yang engkau lakukan, maka engkau benar-benar seorang Kristian yang berani dan  jika tidak, maka engkau tak lebih dari anak anjing. Bukanlah sikap pemberani  dan bukan pula pahlawan   jika seseorang datang kepada penduduk yang tidak terlindungi dan dia tidak menanti orang-orang yang siap berperang.”

Surat ini membuatkan Sebastian marah namun berhasil membuatnya memutuskan untuk menunggu meskipun penasihat dan komandan perangnya meminta untuk segera melakukan serangan. Strategi Abdul Malik berhasil.

Bertemulah 125 ribu  pasukan Portugis dan 40 ribu pasukan muslimin di sebuah daerah yang bernama Istana Besar (Ksar al-Kabir), lebih 100 km di sebelah selatan Tangier dan 20 km jauhnya dari pantai. Kebijaksanaan strategi  Abdul Malik berhasil memancing dan memisahkan pasukan Sebastian dari pasukan artileri armada kapalnya di pantai. 

Pasukan kavaleri juga dikirimkan untuk menghancurkan jambatan di belakang Sebastian sehingga memutus jalur bantuan dan pelarian musuh.

Abdul Malik mengatur meriam artileri di bahagian  depan kemudian pasukan infantri dan pemanah di tengah memanjang serta kavaleri kudanya di sayap kanan dan kiri. Sebenarnya Abdul Malik dalam keadaan menderita sakit, namun semangat jihadnya yang menggelora membuatnya tegar.

“Sejak bila  seseorang yang sakit mendapat pengecualian dalam jihad di jalan Allah?” Jawabnya ketika diminta untuk tidak terlibat di medan perang.

Hari Bersejarah
Isnin pd  30 Jumadil Akhir 986 H atau 4 Ogos 1578 M menjadi hari bersejarah, baik bagi Portugis maupun Morocco dan khususnya dunia Islam. Pagi itu Sultan Abdul Malik berdiri di depan pasukannya menyampaikan khutbah jihad menjelang perang.

Ia membacakan ayat-ayat Allah yang menggelorakan jihad, “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama) Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” (al-Hajj : 40).
“Dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (al-Anfal : 10).

“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir yang sedang menyerangmu, maka janganlah kamu membelakangi mereka (mundur).” (al-Anfal : 15).

Sultan Abdul Malik terus membakar semangat muslimin untuk mati syahid. Di seberang mereka, pemimpin Portugis pun melakukan hal yang sama, membakar semangat pasukannya yang dipimpin Sebastian. Pasukan Portugis menjadikan perang ini sebagai sebahagian dari Perang Salib.

Perang ditandai dengan 10 letusan meriam dari kedua belah pihak. Takbir menggema dari muslimin menggetarkan siapa pun yang mendengarnya. Majulah kedua pasukan saling mengasak. Sultan Abdul Malik maju di barisan depan menyerang pasukan tengah musuh. 

Namun penyakitnya yang parah membuatnya perlu  dibawa kembali ke pusat perlindungan. Di sini beliau hanya ditemani saudaranya Ahmad al-Manshur serta pengawalnya Ridwan al-Alaj, Sultan memberikan intruksi perang dan meminta kematiannya disembunyikan dari mujahidin hingga akhirnya Sultan Abdul Malik pun wafat.

Gelora jihad yang besar disertai taktik perang yang jitu berhasil menekan pasukan Sebastian baik di barisan tengah maupun sayapnya. Muslimin yang dibantu tentera elit Osmaniah yang merupakan momok menakutkan bagi Eropah, berhasil memusnahkan  pasukan sayap Portugis. Seluruh pasukan Portugis lari berundur  dari jambatan  Sungai Wadil Makhazin. 

Sayangnya jambatan  harapan itu telah dihancurkan, aroma kematian menghinggapi pasukan Kristian  Portugis. Ramai yang mati terjatuh ke sungai, termasuk as-Sa’di dan Sebastian yang mayatnya tidak pernah ditemukan. Tentera yang berbaki  tertawan dan terbunuh oleh pedang tombak tentara Allah. Selama 4 jam 20 minit , Allah menunjukkan pertolongan-Nya dengan menghinakan pasukan Portugis di negeri muslimin.

Selepas  perang Istana Besar ini, naiklah Ahmad al-Manshur sebagai Sultan di Morocco. Berita kemenangan segera tersebar di seluruh negeri muslimin dan disambut dengan suka cita. Wibawa muslimin khususnya Morocco meningkat sehingga datanglah utusan-utusan dari berbagai negeri Eropah  mengirimkan hadiah dan hubungan perdagangan.

Di sisi lain, Portugis mengalami era kegelapan, di mana empayernya di beberapa penjuru dunia runtuh dan dijajah oleh negara-negara Eropah  lainnya, hanya tersisa Timor Leste yang kekal  hingga abad ke-20. 

Kerajaan Portugis sendiri dikuasai dan berada dalam genggaman Sepanyol  berabad-abad lamanya.

Moga Islam terus maju di Morocco melalui inspirasi sejarah silam.

Ditulis Oleh Ustaz Zahir Ghazali Penasihat Aafiyat Group
11.Dec.2022
Ditulis setelah perlawanan Piala Dunia FIFA 2022 antara Morocco vs Portugal