Kasut sport bajet yang sesuai untuk Travel dan Umrah

Kasut adalah pakaian kegunaan harian yang kita perlu guna setiap hari. 

Jika kita berjalan tidak berkasut yang sesuai memang akan mengalami masalah sakit Kaki dan ada yang terasa sakit hingga ke betis akibat memakai kasut yang agak kurang selesa . 

Namun terdapat perbagai jenis kasut yang membuat orang keliru nak memilih atas faktor bajet dan harga terutama di musim ekonomi tak stabil ni.

Untuk orang yang selalu bersukan dan beriadah setiap hari sudah pasti mengambil berat tentang meterial kasut yang sesuai untuk mereka gunakan. 
Jika orang yang berduit tak kisah nak pilih kasut brand apa saja dan harga berapa2 pun asalkan minat dan mampu beli .

Bagi orang yang komitmen belanja yang banyak dan agak bajet memang agak berkira2 nak beli kasut sukan... 

Saya suka beli kasut jogging kerana saya sering bertugas jadi pembimbing Umrah atau dipanggil 'Mutawwif'

Tiap kali agency Umrah call bagitau untuk bertugas , Benda pertama saya akan cek adalah kasut. Kerana kalau kasut buruk atau dan terlalu lama saya akan jadi tak selesa guna sewaktu bertugas .

Saya akan spent duit utk dapatkan kasut sukan yang selesa yang saya akan  saya pakai sepanjang bertugas di Mekkah Dan Madinah (Kecuali semasa buat ibadah Umrah)

Jadi di sini saya ingin kongsikan beberapa Jenis kasut sukan yang harga bajet dan mampu milik .  sesuai untuk kita pakai semasa travel. 









1. KASUT DI KEDAI DECATHLON

Decathlon adalah syarikat dari eropah yang membuat pakaian dan peralatan sukan.

Kedai Decathlon terdapat seluruh Dunia. 
Di Malaysia ni hampir semua pusat Bandar ada kedai Decathlon.

Di Malaysia Mungkin kita baru dengar nama kedai pasaraya yang menjual segala jenis peralatan sukan . 

Saya pada mulanya mengganggap product Decathlon agak tidak berkualiti kerana murah dari brand2 yang lain seperti Adidas , Puma , Nike Dan sebagainya . , tetapi setelah saya beli beberapa pakaian sukan Dan peralatan sukan di Decathlon ternyata  agak baik kualitinya dan sesuai diguna . 

Kasut yang dikeluarkan Decathlon jenama Kelenji dan KIPRUN. 

Agak bagus Dan sedap kasut KIPRUN. 
Jika brand lain model kasut untuk Running berharga RM600, tapi kasut KIPRUN yang meterial dan kelesaan yang sama anda hanya boleh dapatkan dgn harga bawah RM250.00. 

Jika nak murah lagi saya syorkan kasut Kelenji.. harga bermula RM49.

Saya suka yang harga RM79. Bagi saya Agak selesa di Kaki saya utk kegunaan walking. Ianya sama seperti kasut memakai Puma yang berharga RM170.00












2. KASUT ADIDAS

Jika kawan-kawan tanya saya apakah kasut sport yang saya suka ?
Jawapanya adalah 'kasut ADIDAS'
Tapi kasut adidas ni harga agak tinggi berbanding kasut sukan yang lain.
Harga bermula RM230 untuk kasut lelaki dewasa. 

Tapi saya selalu tunggu time ada SALE  DISCOUNT  baru saya akan beli kasut ADIDAS. 

Selalunya SALE kedai-kedai kasut dalam bulan December kerana musim cuti sekolah ramai student cari kasut sport. 

Kita boleh dapat kasut yang harga RM230 turun ke RM170. 

Saya memang tak pernah beli kasut harga lebih RM180.00.

Dari saya beli kasut berharga atas RM300 lebih baik saya beli 2 pasang kasut.  

Tentang adidas ni saya selalu pilih model tapak 'Cloudfoam' atau Adidas 'Duramo'

Kerana selesa dengan Kaki saya sehingga berjalan tak sedar berapa KM dah saya jalan. 

Kalau anda terpulang kasut model apa2 yang selesa dgn kaki anda...







3. KASUT PUMA 
Saya pernah tergoda dengan kasut Puma walaupun saya peminat tegar kasut ADIDAS. 

Saya tertarik dengan design dan logo Harimau kumbang dia .. 

Harga lebih kurang dgn Adidas. 

Saya pernah dapatkan sekali untuk nak merasa bagaimana rasa pakai kasut Puma ni...

Hmm... Bagi saya ok la.. cuma mungkin saya dah terbiasa dengan ADIDAS . Saya rasa tak boleh lawan ADIDAS .. 

Bagi saya lebih sedap lagi  Kasut KELENJI JOGFLOW yang harga lebih kurang dari PUMA FLYER RUNING










4. KASUT LOTTO

Brand ni memang tak asing bagi pakaian sport. 
Zaman sekolah dulu siapa pakai kasut bola brand Lotto boleh riak satu asrama... Satu asrama ushar Lotto dia .. 

Tapi untuk kasut kegunaan jogging atau walking bagi pengalaman saya ia biasa-biasa aja... 

Saya beli model yang berharga sekitar RM130 je .. nak rasa pakai kasut bajet. 
Rupa2nya agak kurang selesa di Kaki saya.. 

Bila pakai jogging terasa keras .. 

Tapi dia sesuai bagi orang yang memang tercari2 kasut jogging yang bajet. 

5. KASUT DIADORA
DIADORA ni lebih kurang lotto. 
Dia jenama yang agak femes. 
Saya tertarik dengan design dan corak2 kasut DIADORA ni... 
Cumanya dia lebih kurang Lotto. Macam agak keras . 

 
 




6. KASUT LINE 7
Design dia memang cukup menarik...

Dan harga kasut LINE 7 antara Paling termurah di semua kedai2 kasut sukan... 

Saya belum pernah cuba dan tak pernah beli lagi. Cuma tertarik dengan design dan harga dia yang terlalu Murah 






7. KASUT SKETCHES
Kasut ni memang glamour dikalangan orang berpangkat pakcik2.. kerana design dia nampak lebih kepada pakcik-pakcik.

Tidak dinafikan sketches memang mengeluarkan kasut yang selesa dn terasa tidak letih bila berjalan dan Kaki seolah2 memijak tilam. 

Tapi oleh kerana design dia yang biasa-biasa je membuat saya tak minat untuk memikinya buat masa ni...
akan datang saya tak pasti kerana tiap tahun semua syarikat kasut berjenama akan menyegeluarkan design-design terbaru. 
Manalah tau tetiba nanti terjatuh cinta pulak pada Sketches ni.... 


Anda perlu tahu juga bahawa kasut Sketches ni antara kasut yang harga agak mahal juga...
kalau masuk mana2 kiosk atau showrrom skestches ni harga bagi kasut paling simple pun RM250. 

Cuma kadang dia ada buat SALE  boleh dapat murah.

Saya tak pernah pakai kasut sketches ni . Hanya belikan untuk isteri saya ketika dia sedang hamil.. harga pun boleh tahan lebih kurang Tiga Rat juga... 

Perempuan sedang hamil memang sesuai pakai kasut sketches ni.. tapi kena pakai model yang harga tinggi sikit mengikut kesesuaian kaki dan berat badan.

 




Banyak lagi kasut-kasut lain yang murah dan selesa utk dipakai waktu travel Umrah atau guna untuk harian

Hanya ini saja yang saya mampu kongsikan di sini mengikut bajet anda semua.. 

Selamat membeli... 😊😊😊