BETUL KE PENIAGA GUNA ENTERPRISE TAK BOLEH BELI RUMAH ? INI JAWAPANYA...

Saya dulu kerja bermajikan bergaji kecil. dengan gaji yang kecil tidak layak saya nak membeli rumah walau dengan harga 100k masa tu.. Tahun 2013 saya berhenti kerja dan buat bisnes sendiri.. Bermula dengan bisnes kecil-kecilan sampaila buat secara besar sikit. Mana-mana orang yang baru mula berniaga memang akan mulakan dengan Enterprise . walaupun ada yang mula dengan SDN BHD tetapi ramai yang mula dengan secara kecil-kecilan dengan enterprise. Sekitar tahun 2014 setelah hampir setahun berniaga saya ingin membeli rumah sendiri untuk saya duduk. Masa tu ilmu tentang nak beli rumah memang zero, saya hubungi agent2 Property dalam Mudah.my, iproperty dan lain-lain. Hampir semua agent mengatakan saya `tak layak` untuk membeli property kerana saya berniaga menggunakan `Enterprise` bukan `SDN BHD` dan saya tidak memiliki `Slip gaji`. Saya tak berpuas hati atas kenyataan tersebut. saya cuba ke Bank untuk pengesahan, pihak bank juga mengatakan hasil pendapatan saya...