"Kenapa Hotel Ibu Jauh nak...? "

Alhamdulillah setelah lama tak pergi buat Umrah kali ni aku dapat peluang pergi Umrah kali kedua. Tapi kali ni agak berbeza sikit. Kali ni aku pergi Umrah sebagai Mutawwif. Kerja sebagai Mutawwif ni bukan mudah. Semua masalah hukum hakam fiqh Umrah dan sejarah-sejarah di Mekkah dan Madinah kena hadam betul2. Ok. Aku malas nak cerita panjang.... Cuma nak habaq kerja mutawwif ni letih tapi best pasal kita dapat tengok kaabah dan sentiasa berdoa minta dipermudahkan urusan. Semasa menunggu jemaah di KLIA Bersedia untuk menjalankan Tugas Mutawwif Jemaah yg saya bawa ni alhamdulillah jenis Cool dan happy semua. Memang seminggu sebelum berangkat saya selalu berdoa minta takde jemaah yang cerewet. Pakej saya pegi ni taklah mahal sangat berbanding pakej Umrah dari Travel lain. Yang ni bukan saya nak promot. Tapi sambil2 cerita saya nak share tips macamana nak pilih travel Umrah. Sesiapa pun nak travel ke nak jalan2 ke mesti cari pakej mana paling murah. Saya rasa kal...